Jika ada kezaliman sebesar gunung menimpa gunung yang lain maka hancurlah gunung yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: “لو بغى جبل على جبل لدك الباغي”.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Jika ada kezaliman sebesar gunung menimpa gunung yang lain, maka hancurlah gunung yang zalim itu.”

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: روي موقوفا على ابن عباس ومرفوعا، والموقوف أصح.

Al-Sakhawi menyebut di dalam kitab al-Maqasid: Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas secara mawquf (terhenti kepada sahabat) dan secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), dan yang mawquf (terhenti kepada sahabat) itu lebih sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Tags: zalim, kezaliman, besar, gunung, menimpa, hancur, musnah