Mauquf

30/06/2024

minit bacaan



Jika ada kezaliman sebesar gunung menimpa gunung yang lain maka hancurlah gunung yang zalim

Teks Bahasa Arab

حديث: "لَوْ بَغَى جَبَلٌ عَلَى جَبَلٍ لدُك الْبَاغِي".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Jika ada kezaliman sebesar gunung menimpa gunung yang lain, maka hancurlah gunung yang zalim itu.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Mauquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: روي موقوفا على ابن عباس ومرفوعا، والموقوف أصح.

Al-Sakhawi menyebut di dalam kitab al-Maqasid: Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas secara mauquf (terhenti kepada sahabat) dan secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), dan yang mauquf (terhenti kepada sahabat) itu lebih sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.