Jika Abu Bakar ada pada satu kaum itu, tidak sepatutnya mereka diimamkan oleh orang lain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا ينبغي لقوم فيهم أبو بكر أن يؤمهم غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika Abu Bakar ada pada satu kaum itu, tidak sepatutnya mereka diimamkan oleh orang lain

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 334, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع. وفي إسناده: عيسى بن ميمون. منكر الحديث. والراوي عنه: أحمد بن بشير، وهو متروك.
قال في اللآلىء: الحديث أخرجه الترمذي من هذه الطريق، وأحمد بن بشير: من رجال البخاري، والأكثر على توثيقه، وعيسى بن ميمون. قال فيه ابن معين مرة: لا بأس به، وقال حماد بن سلمة: ثقة. ومن ضعفه لم يتهمه بوضع. فمن أين نحكم عليه بالوضع؟ ويجاب عنه: بأن من اسمه أحمد بن بشير رجلان: أحدهما هذا، والآخر متروك، كما ذكره صاحب التقريب. وقال ابن كثير في مسند الصديق: إن لهذا الحديث شواهد تقتضى صحته، ثم ذكر له صاحب اللآلىء شواهد.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dalam sanadnya terdapat Isa bin Maimun. Hadith riwayatnya munkar. Orang yang meriwayatkan daripadanya adalah Ahmad bin Basyir, iaitu seorang yang ditinggalkan riwayatnya(matruk).
Dia berkata dalam Al-Laali’: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari jalan ini. Ahmad bin Basyir adalah salah seorang perawi al-Bukhari. Kebanyakan ulama menilainya sebagai seorang tsiqah, dan Isa bin Maimun. Ibn Main berkata kepadanya: La ba’sa bihi. Hammad bin Salamah berkata: Tsiqah. Sesiapa yang menilainya dhaif tidak menuduhnya berdusta. Dari mana kita menghukumnya sebagai pemalsu hadis?
Dijawab dengan: Sebenarnya perawi yang bernama Ahmad bin Basyir itu ada dua orang. Salah seorang itu seperti di atas dan seorang lagi adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya), seperti yang disebutkan oleh pengarang al-Taqrib.
Ibn Kathir berkata dalam Musnad Al-Siddiq: Hadith ini mempunyai pelbagai riwayat sokongan yang menyebabkan ia naik ke taraf sahih, kemudian pengarang Al-Laali’ menyebutkan pelbagai riwayat sokongan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.