Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لا يَنْبَغِي لِقَوْمٍ فِيهِمْ أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَؤُمَّهُمْ غَيْرُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika Abu Bakar ada pada satu kaum itu, tidak sepatutnya mereka diimamkan oleh orang lain
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 334, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع. وفي إسناده: عيسى بن ميمون. منكر الحديث. والراوي عنه: أحمد بن بشير، وهو متروك. قال في اللآلىء: الحديث أخرجه الترمذي من هذه الطريق، وأحمد بن بشير: من رجال البخاري، والأكثر على توثيقه، وعيسى بن ميمون. قال فيه ابن معين مرة: لا بأس به، وقال حماد بن سلمة: ثقة. ومن ضعفه لم يتهمه بوضع. فمن أين نحكم عليه بالوضع؟ ويجاب عنه: بأن من اسمه أحمد بن بشير رجلان: أحدهما هذا، والآخر متروك، كما ذكره صاحب التقريب. وقال ابن كثير في مسند الصديق: إن لهذا الحديث شواهد تقتضى صحته، ثم ذكر له صاحب اللآلىء شواهد.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dalam sanadnya terdapat Isa bin Maimun. Hadith riwayatnya munkar. Orang yang meriwayatkan daripadanya adalah Ahmad bin Basyir, iaitu seorang yang ditinggalkan riwayatnya(matruk). Dia berkata dalam Al-Laali’: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari jalan ini. Ahmad bin Basyir adalah salah seorang perawi al-Bukhari. Kebanyakan ulama menilainya sebagai seorang tsiqah, dan Isa bin Maimun. Ibn Main berkata kepadanya: La ba’sa bihi. Hammad bin Salamah berkata: Tsiqah. Sesiapa yang menilainya daif tidak menuduhnya berdusta. Dari mana kita menghukumnya sebagai pemalsu hadis? Dijawab dengan: Sebenarnya perawi yang bernama Ahmad bin Basyir itu ada dua orang. Salah seorang itu seperti di atas dan seorang lagi adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya), seperti yang disebutkan oleh pengarang al-Taqrib. Ibn Kathir berkata dalam Musnad Al-Siddiq: Hadith ini mempunyai pelbagai riwayat sokongan yang menyebabkan ia naik ke taraf sahih, kemudian pengarang Al-Laali’ menyebutkan pelbagai riwayat sokongan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman