Jihad itu ada empat

TEKS BAHASA ARAB

الجهاد أربع: أمر بالمعروف ونهي عن المنكر والصدق في مواطن الصبر وشنآن المنافقين فمن أمر بالمعروف شد عضد المؤمنين ومن نهى عن المنكر أرغم أنف الفاسقين ومن صدق في مواطن الصبر فقد قضى ما عليه ومن شنأ الفاسقين غضب لله وغضب الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jihad itu ada empat: Mengajak kepada perkara kebaikan, mencegah daripada melakukan perkara mungkar, jujur pada tempat-tempat sabar, dan benci kepada orang munafik. Sesiapa yang yang beriman. Sesiapa yang mencegah kemungkaran, dia telah merendahkan orang fasiq. Sesiapa yang jujur pada tempat-tempat sabar, dia telah melaksanakan kewajipannya, dan sesiapa yang membenci orang fasiq,dia marah kerana Allah, dan Allah juga murka bagi pihak dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992, hadis nombor 5110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: الجهاد أربع: أمر بالمعروف ونهي عن المنكر والصدق في مواطن الصبر وشنآن المنافقين فمن أمر بالمعروف شد عضد المؤمنين ومن نهى عن المنكر أرغم أنف الفاسقين ومن صدق في مواطن الصبر فقد قضى ما عليه ومن شنأ الفاسقين غضب لله وغضب الله له. [حل، الضعيفة (3514)].

(Lemah) Daripada Ali RA yang diriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jihad itu ada empat: Mengajak kepada perkara kebaikan, mencegah daripada melakukan perkara mungkar, jujur pada tempat-tempat sabar, dan benci kepada orang munafik. Sesiapa yang yang beriman. Sesiapa yang mencegah kemungkaran, dia telah merendahkan orang fasiq. Sesiapa yang jujur pada tempat-tempat sabar, dia telah melaksanakan kewajipannya, dan sesiapa yang membenci orang fasiq,dia marah kerana Allah, dan Allah juga murka bagi pihak dia. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs