Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجهادُ أربعٌ : أمرٌ بالمعروفِ، ونهيٌ عن المنكرِ، والصدقُ في مواطنِ الصبرِ، وشنَآنُ المنافقِينَ، فمنْ أمر بالمعروفِ شدَّ عضُدَ المؤمنِينَ، ومنْ نهى عن المنكرِ أرغَم أنفَ الفاسقِينَ، ومن صدق في مواطنِ الصبرِ فقد قضى ما عليهِ، ومنْ شنَأَ الفاسقِينَ غضِب للهِ، وغضب اللهُ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jihad itu ada empat perkara: Menyuruh kepada perkara kebaikan, melarang daripada perkara yang mungkar, bersikap jujur pada situasi yang memerlukan kesabaran, serta kebencian terhadap orang munafik. Maka, sesiapa yang menyuruh kepada perkara kebaikan, nescaya dia telah menguatkan tenaga (dan daya-usaha) orang mukmin. Dan sesiapa yang melarang daripada perkara yang mungkar, nescaya dia telah menjatuhkan maruah orang-orang fasik. Sesiapa yang bersikap benar pada situasi yang memerlukan kesabaran, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya. Sesiapa yang membenci orang fasik, maka dia telah marah kerana Allah, dan Allah telah murka (sesiapa sahaja) kerananya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis no. 4288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الجهاد أربع: أمر بالمعروف، ونهي عن المنكر، والصدق في مواطن الصبر، وشنآن المنافقين، فمن أمر بالمعروف شد عضد المؤمنين، ومن نهى عن المنكر أرغم أنف الفاسقين، ومن صدق في مواطن الصبر فقد قضى ما عليه، ومن شنأ الفاسقين غضب لله، وغضب الله له)). [حل، ((الضعيفة)) (3514)]
(Lemah) Daripada ‘Alī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jihad itu ada empat perkara: Menyuruh kepada perkara kebaikan, melarang daripada perkara yang mungkar, bersikap jujur pada situasi yang memerlukan kesabaran, serta kebencian terhadap orang munafik. Maka, sesiapa yang menyuruh kepada perkara kebaikan, nescaya dia telah menguatkan tenaga (dan daya-usaha) orang mukmin. Dan sesiapa yang melarang daripada perkara yang mungkar, nescaya dia telah menjatuhkan maruah orang-orang fasik. Sesiapa yang bersikap benar pada situasi yang memerlukan kesabaran, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya. Sesiapa yang membenci orang fasik, maka dia telah marah kerana Allah, dan Allah telah murka (sesiapa sahaja) kerananya. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3514]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman