TEKS BAHASA ARAB
حديث: هبط جبريل، وعليه طنفسة، وهو متجلل بها. فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: يا جبريل ما نزلت إلي في مثل هذا الزي. فقال: إن الله أمر الملائكة أن تتجلل في السماء لتجلل أبي بكر في الأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jibril turun dan padanya tubuhnya ada pelapik. Lalu dia menampakkan dirinya dengan pelapik tersebut. Nabi SAW berkata: Wahai Jibril: Kamu tidak pernah turun dengan cara seperti ini. Dia berkata: Allah telah mengarahkan malaikat untuk menampakkan dirinya di langit supaya menampakkan Abu Bakar di bumi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 332, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن ابن عباس، وهو موضوع.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas, ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.