Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما زال جبريل يوصيني بالسواك؛ حتى خفت على أضراسي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi hingga aku bimbang terhadap gigi gerahamku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis nombor 6243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما زال جبريل يوصيني بالسواك؛ حتى خفت على أضراسي.
[طب، ((الضعيفة)) (6913)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi hingga aku bimbang terhadap gigi gerahamku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6913].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.