Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi

Teks Bahasa Arab

ما زالَ جبريلُ يوصيني بالسِّواكِ؛ حتَّى خِفت على أضراسي.

Teks Bahasa Melayu

Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi hingga aku bimbang terhadap gigi gerahamku.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis no. 6243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما زال جبريل يوصيني بالسواك؛ حتى خفت على أضراسي. [طب، ((الضعيفة)) (6913)].

(Sangat Lemah) Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Jibril terus menerus berpesan kepadaku supaya menggunakan sugi hingga aku bimbang terhadap gigi gerahamku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6913].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.