Jibril telah turun menemuiku lalu dia berkata: Sesungguhnya doa yang baik ialah dengan engkau membaca dalam solatmu

TEKS BAHASA ARAB

نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah turun menemuiku lalu dia berkata: Sesungguhnya doa yang baik ialah dengan engkau membaca dalam solatmu:
اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله
Ya Allah, milik-Mu segala puji-pujian, milik-Mu semua kerajaan, milik-Mu seluruh yang diciptakan, kepada-Mu Kembali segala urusan, aku memohon dari-Mu segala kebaikan dan aku mohon berlindung dengan-Mu segala dari kejahatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis nombor 1660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Sa'id al-Khudri RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- : ((نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله)).
[ هب، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني)) ، ((الضعيفة)) (5138) ].

(Palsu) Dari Abu Sa‘id al-Khudri RA: Jibril telah turun menemuiku lalu dia berkata: Sesungguhnya doa yang baik ialah dengan engkau membaca dalam solatmu
اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله
Ya Allah, milik-Mu segala puji-pujian, milik-Mu semua kerajaan, milik-Mu seluruh yang diciptakan, kepada-Mu Kembali segala urusan, aku memohon dari-Mu segala kebaikan dan aku mohon berlindung dengan-Mu segala dari kejahatan.
[Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman dan al-al-Kalabazi dalam Kitab Miftah al-Ma‘ani, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs