Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله.
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah turun menemuiku lalu dia berkata: Sesungguhnya doa yang baik ialah dengan engkau membaca dalam solatmu: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله Ya Allah, milik-Mu segala puji-pujian, milik-Mu semua kerajaan, milik-Mu seluruh yang diciptakan, kepada-Mu Kembali segala urusan, aku memohon dari-Mu segala kebaikan dan aku mohon berlindung dengan-Mu segala dari kejahatan.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 315, hadis no. 1660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- : ((نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله)). [ هب، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (5138) ]
(Palsu) Dari Abu Sa‘id al-Khudri RA: Jibril telah turun menemuiku lalu dia berkata: Sesungguhnya doa yang baik ialah dengan engkau membaca dalam solatmu اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله Ya Allah, milik-Mu segala puji-pujian, milik-Mu semua kerajaan, milik-Mu seluruh yang diciptakan, kepada-Mu Kembali segala urusan, aku memohon dari-Mu segala kebaikan dan aku mohon berlindung dengan-Mu segala dari kejahatan. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman dan al-al-Kalabazi dalam Kitab Miftah al-Ma‘ani, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman