Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jibril telah turun kepadanya (Nabi Muhammad SAW) lalu dia berkata: “Wahai Muhammad! Jika ia menyenangkan kamu untuk beribadah

Teks Bahasa Arab

نزَلَ عَلَيْهِ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنْ سَرَّكَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ لَيْلَةً حَقَّ عِبَادَتِهِ فَقُلِ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا خَالِدًا مَعَ خُلودِكَ وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا دَائِمًا لَا مُنْتَهَى لَهُ دُونَ مَشِيئَتِكَ وَعِنْدَ كُلِّ طَرْفَةِ عَيْنٍ وَتَنَفُّسٍ.

Teks Bahasa Melayu

Jibril telah turun kepadanya (Nabi Muhammad SAW) lalu dia berkata: “Wahai Muhammad! Jika ia menyenangkan kamu untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam dengan sebenar-benar ibadah, maka katakanlah: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian yang kekal bersama kekalnya Engkau, dan kepada-Mu segala pujian yang berterusan tiada akhir baginya tanpa kehendak-Mu, di setiap kerdipan mata dan helaan nafas.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1519, hadis no. 7729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي-رضي الله عنه- مرفوعاً: ((نزل عليه جبريل عليه السلام فقال: يا محمد! إن سرك أن تعبد الله ليلة حق عبادته؛ فقل: اللهم! لك الحمد حمداً خالداً مع خلودك، ولك الحمد دائماً لا منتهى له دون مشيئتك، وعند كل طرفة عين وتنفس)). [طس، هب، ((الضعيفة)) (5206)].

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Jibril telah turun kepada Muhammad SAW lalu dia berkata: “Wahai Muhammad! Jika ia menyenangkan kamu untuk beribadah kepada Allah pada waktu malam sebenar-benar ibadah, maka katakanlah: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian yang kekal bersama kekalnya Engkau, dan kepada-Mu segala pujian yang berterusan tiada akhir padanya tanpa kehendak-Mu, dan di sisi setiap kerdipan mata dan helaan nafas.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5137].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.