Jibril telah turun kepadaku dan berkata: Sesungguhnya sebaik-baik doa yang kamu baca dalam solat kamu

TEKS BAHASA ARAB

نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah turun kepadaku dan berkata: Sesungguhnya sebaik-baik doa yang kamu baca dalam solat kamu adalah: Ya Allah! Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kekuasaan dan bagi-Mu segala ciptaan dan kepada-Mu setiap perkara kembali. Aku meminta kebaikan setiap perkara dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan setiap perkara.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis nombor 7728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- : ((نزل علي جبريل فقال: إن خير الدعاء أن تقول في صلاتك: اللهم! لك الحمد كله، ولك الملك كله، ولك الخلق كله، وإليك يرجع الأمر كله، أسألك الخير كله، وأعوذ بك من الشر كله)). [هب، الكلابذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (5138)].

(Palsu)
Daripada Abi Sa’id al-Khudriy RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jibril telah turun kepadaku dan berkata: Sesungguhnya sebaik-baik doa yang kamu baca dalam solat kamu adalah: Ya Allah! Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kekuasaan dan bagi-Mu segala ciptaan dan kepada-Mu setiap perkara kembali. Aku meminta kebaikan setiap perkara dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan setiap perkara.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan al-Kalabazi di dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs