Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أخبرني جبريل أن الله عز وجل بعثه إلى أمنا حواء حين دميت، فنادت ربها: جاء مني دم لا أعرفه، فناداها: لأدمينك وذريتك، ولأجعلنه كفارة وطهورا
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah memberitahuku bahawa sesungguhnya Allah azza wa jalla telah mengutusnya kepada ibu kita Hawwa ketika beliau berdarah. Lalu beliau memanggil Tuhannya: Telah keluar daripadaku darah yang aku tidak mengetahuinya lalu Allah menjawabnya: Akan aku buat kau berdarah dan zuriatmu dan jadikannya sebagai kaffarah dan penyucian.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1674, hadis no. 8448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman