Jibril telah datang kepadaku sebentar tadi

TEKS BAHASA ARAB

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال: خرج علينا النبي صلى الله عليه وسلم فقال: " خرج من عندي خليلي جبريل آنفا فقال: يا محمد! والذي بعثك بالحق إن لله عبدا من عبيده عبد الله خمسمائة سنة على رأس جبل في البحر عرضه وطوله ثلاثون ذراعا في ثلاثين ذراعا، والبحر محيط به أربعة آلاف فرسخ من كل ناحية وأخرج الله تعالى له عينا عذبة بعرض الإصبع تبض بماء عذب فتستنقع في أسفل الجبل، وشجرة رمان تخرج له كل ليلة رمانة فتغذيه يومه فإذا أمسى نزل فأصاب من الوضوء وأخذ تلك الرمانة فأكلها ثم قام لصلاته، فسأل ربه عز وجل عند وقت الأجل أن يقبضه ساجدا وأن لا يجعل للأرض ولا لشيء يفسده عليه سبيلا حتى يبعثه الله وهو ساجد، قال: ففعل، فنحن نمر عليه إذا هبطنا وإذا عرجنا فنجد له في العلم أنه يبعث يوم القيامة فيوقف بين يدي الله عز وجل فيقول له الرب: أدخلوا عبدي الجنة برحمتي فيقول: بل بعملي، فيقول الرب: أدخلوا عبدي الجنة برحمتي فيقول: بل بعملي، فيقول الرب: أدخلوا عبدي الجنة برحمتي: فيقول: يا رب بل بعملي، فيقول الرب: أدخلوا عبدي الجنة برحمتي، فيقول: رب بل بعملي، فيقول الله عز وجل للملائكة: قايسوا عبدي بنعمتي عليه وبعمله، فتوجد نعمة البصر قد أحاطت بعبادة خمسمائة سنة وبقيت نعمة الجسد فضلا عليه، فيقول: أدخلوا عبدي النار، قال: فيجر إلى النار فينادي: رب برحمتك أدخلني الجنة، فيقول: ردوه، فيوقف بين يديه فيقول: يا عبدي من خلقك ولم تك شيئا؟ فيقول: أنت يا رب، فيقول: كان ذلك من قِبلك أوبرحمتي؟ فيقول: بل برحمتك، فيقول: من قواك لعبادة خمسمائة عام؟ فيقول: أنت يا رب، فيقول: من أنزلك في جبل وسط اللجة وأخرج لك الماء العذب من الماء المالح، وأخرج لك كل ليلة رمانة وإنما تخرج مرة في السنة، وسألتني أن أقبضك ساجدا ففعلت ذلك بك؟ فيقول: أنت يا رب، فقال الله عز وجل: فذلك برحمتي، وبرحمتي أدخلك الجنة، أدخلوا عبدي الجنة فنعم العبد كنت يا عبدي، فيدخله الله الجنة. قال جبريل عليه السلام: إنما الأشياء برحمة الله تعالى يا محمد


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Jabir Bin Abdillah R.anhuma, beliau berkata: Nabi SAW telah keluar berjumpa kami lalu Baginda bersabda: Jibril telah datang kepadaku sebentar tadi dan dia berkata: Wahai Muhammad! Dan demi (Tuhan) yang mengutusmu dengan kebenaran, sesungguhnya bagi Allah seorang hamba daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang telah menyembah Allah selama lima ratus tahun di puncak gunung sebuah laut yang mana lebarnya dan panjangnya adalah sebanyak tiga puluh hasta kali tiga puluh hasta. Lautan itu keluasannya adalah empat ribu farsakh dari setiap arah. Allah telah mengeluarkan baginya sebuah mata air yang segar dengan lebarnya seperti jari dengan menyucikan air. Lalu ia membasahi bawah gunung tersebut. Pokok delima juga telah dikeluarkan untuknya pada setiap malam untuk dia menikmatinya. Apabila tiba waktu petang, beliau akan turun dan mengambil wudhu kemudian beliau akan mengambil buah delima tersebut dan memakannya lalu mendirikan solatnya. Beliau juga telah meminta daripada Tuhan-Nya azza wa jalla untuk menarik nyawanya ketika sampai ajal dalam keadaan beliau sedang bersujud dan jangan jadikan sesuatu atau bumi untuk merosakkan jalannya sehinggalah dia dimatikan dalam keadaan dia bersujud. Dia berkata: Maka Dia lakukannya. Lalu kami melaluinya apabila kami turun dan naik (ke langit), kami mendapati baginya ilmu bahawa dia dibangkitkan pada hari kiamat serta berdiri di hadapan Allah, Allah berkata: Masuklah kamu hamba-Ku ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Dia berkata: Wahai Tuhan! bahkan dengan amalanku. Allah berkata: Masuklah kamu hamba-Ku ini ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Dia berkata: Wahai Tuhan! bahkan dengan amalanku. Allah berkata: Masuklah kamu hamba-Ku ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Dia berkata: Wahai Tuhan! bahkan dengan amalanku. Lalu Allah berkata kepada malaikat: Ukurlah pada hamba-Ku di antara nikmat-Ku ke atasnya dan juga amalannya. Didapati nikmat penglihatan itu telah menyamai ibadah selama 500 tahun, berbaki nikmat jasad sebagai satu kelebihan ke atasnya. Maka Allah berkata: Masuklah kamu ke dalam neraka dan dibawa ke neraka, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! dengan rahmat-Mu, masukkanlah aku ke dalam syurga. Allah berkata: Kembalikan dia dan diletakkan di hadapan Allah sambil berkata: Wahai hamba-Ku! Siapakah yang menciptakan kamu sedangkan sebelum itu kamu tiada? Dia menjawab: Kamu wahai Tuhan. Allah bertanya lagi: Adakah itu daripadamu atau rahmat-Ku? Dia menjawab: Rahmat-Mu. Allah berkata: Siapakah yang menguatkan kamu untuk beribadah selama 500 tahun? Dia menjawab : Kamu wahai Tuhan. Allah bertanya lagi: Siapakah yang menurunkan kamu dari puncak gunung serta mengeluarkan bagi kamu mata air daripada air yang masin dan mengeluarkan setiap malam delima sedangkan ia hanya keluar sekali setahun. Kamu juga meminta kepada-Ku untuk mengambil nyawa-Mu ketika kamu sedang sujud maka tidakkah aku telah melakukannya untukmu? Dia menjawab: Kamu wahai Tuhan!. Lalu Allah berkata: Semua itu dengan rahmat-Ku dan dengan rahmat-Ku dimasukkan kamu ke dalam syurga. Masuklah kamu ke dalam syurga dan kamu telah menjadi sebaik-baik hamba wahai hamba-Ku, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jibril berkata: Sesungguhnya semua perkara itu adalah dengan rahmat Allah wahai Muhammad


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1666, hadis nombor 8413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Jabir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Khara’iti dalam Fadhilah al-Syukr, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Tamam, Ibn Qudamah dalam al-Fawaid dan al-Hakim dalam al-Mustadrak.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs