Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَتَانِي جِبْرِيلُ بِقِدْرٍ فأكَلْتُ مِنْهَا فأُعْطيتُ قُوَّةَ أرْبَعِينَ رَجُلاً فِي الجماعِ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah datang kepadaku dengan membawa satu periuk, lalu aku pun makan sebahagian isi yang terdapat dalam periuk tersebut. Aku pun diberikan kekuatan 40 orang lelaki dalam bersetubuh
Sahabat Perawi
- Safwan bin Sulaim secara mursal
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 6, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah termasuk hadith-hadith al-Harisah (sejenis manisan yang diperbuat daripada tepung, mentega dan gula). Kesemua hadith-hadith tentang al-Harisah adalah palsu. Al-Hafiz Muhammad bin Nasir al-Din al-Dimashqi telah mengumpulkan hadith-hadith tersebut khusus dalam satu tulisan kecil berjudul Raf'u al-Dasisah Bi Wadh'ei Hadith al-Harisah. Allah Ta'ala memberikan kekuatan kepada RasulNya SAW dan kepada sesiapa yang Dia mahu dalam kalangan hamba-hambaNya untuk bersetubuh tanpa periuk yang digunakan oleh Jibril A.S untuk memasak dan menurunkannya daripada langit. Penulis (al-Suyuti) akan menyebutkan hadith-hadith berkenaannya yang lebih ganjil lagi berbanding hadith ini (yang menyebutkan) bahawa periuk tersebut ada bersama Nabi SAW, setiap kali perlu Baginda akan makan sebahagian isi dalam periuk tersebut dan Baginda mendapati di dalamnya terdapat daging. Perkara seperti ini termasuk suatu yang boleh merendahkan kedudukan penulis (al-Suyuti) RH kerana berpegang dengan kisah yang jelas batil seperti ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman