Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Jibril telah datang kepadaku, dan ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah meredhai agama ini dengan diri-Nya sendiri, dan tidak harus (untuk agama ini) melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik, maka muliakanlah agama ini dengan kedua-dua sifat tersebut selama kamu memilikinya

Teks Bahasa Arab

جاءني جبريلُ عليهِ السلامُ فقال : إنَّ اللهَ ارتَضَى هذا الدِّينَ لنفسِهِ ، ولا يُصلحُهُ إلا السَّخاءُ وحُسْنُ الخُلُقِ ، فأكرموهُ بهما ما صحبتُموهُ

Teks Bahasa Melayu

Jibril telah datang kepadaku, dan ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah meredhai agama ini dengan diri-Nya sendiri, dan tidak harus (untuk agama ini) melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik, maka muliakanlah agama ini dengan kedua-dua sifat tersebut selama kamu memilikinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159, hadis no. 792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((جاءني جبريل عليه السلام، فقال: إن الله ارتضى هذا الذين لنفسه، ولا يصلحه إلا السخاء وحسن الخلق؛ فأكرموه بهما ما صحبتموه)). [ابو نعيم في ((أخبار أصبهان))، والأصبهاني، ((الضعيفة)) (6883)]

(Terlalu Daif) Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Jibril telah datang kepadaku, dan ia berkata: “Sesungguhnya Allah telah meredhai agama ini dengan diri-Nya sendiri, dan tidak harus (untuk agama ini) melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik, maka muliakanlah agama ini dengan kedua-dua sifat tersebut selama kamu memilikinya’’. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6883].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.