Jibril telah datang kepada Rasulullah SAW ketika Sa'd bin Mu'az wafat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن جبريل أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم – حين قبض سعد بن معاذ من جرح أصابه يوم الخندق – من جوف الليل معتجراً بعمامة من إستبرق، فقال: يا محمد! من هذا الميت الذي فتحت له أبواب السماء واهتز له العرش؟ قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم سريعاً يجر ثوبه إلى سعد، فوجده قد مات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah datang kepada Rasulullah SAW – ketika Sa’d bin Mu’az wafat kerana luka yang menimpa beliau pada hari peperangan Khandak – pada tengah malam sambil melipat serbannya yang diperbuat daripada sutera, lalu Jibril berkata: Wahai Muhammad! Siapakah orang yang meninggal ini yang dibukakan untuknya pintu-pintu langit serta bergegar ‘Arash kerananya? Lelaki itu berkata: Lalu Rasulullah SAW berdiri dengan segera menutup dengan pakaian baginda kepada Sa’d, baginda mendapati dia telah meninggal dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1352 – 1353, hadis nombor 6905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن رفاعة الزرقي رضي الله عنه، قال: حدثني من شئت من رجال قومي: أن جبريل أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم – حين قبض سعد بن معاذ من جرح أصابه يوم الخندق – من جوف الليل معتجراً بعمامة من إستبرق، فقال: يا محمد! من هذا الميت الذي فتحت له أبواب السماء واهتز له العرش؟ قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم سريعاً يجر ثوبه إلى سعد، فوجده قد مات.
[ابن اسحاق، ((الضعيفة)) (5438)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Rifa’ah al-Zuraqiy RA telah berkata: Orang yang aku mahukan dalam kalangan lelaki-lelaki kaumku telah menceritakan kepadaku bahawa Jibril telah datang kepada Rasulullah SAW – ketika Sa’d bin Mu’az wafat kerana luka yang menimpa beliau pada hari peperangan Khandak – pada tengah malam sambil melipat serbannya yang diperbuat daripada sutera, lalu Jibril berkata: Wahai Muhammad! Siapakah orang yang meninggal ini yang dibukakan untuknya pintu-pintu langit serta bergegar ‘Arash kerananya? Lelaki itu berkata: Lalu Rasulullah SAW berdiri dengan segera menutup dengan pakaian baginda kepada Sa’d, baginda mendapati dia telah meninggal dunia.
[Riwayat Ibn Ishaq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5438]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.