Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يجتِمِعُ كلَّ يومِ عرفَةَ بعرفاتٍ جِبريلُ وميكائيلُ وإسرافيلُ والخَضِرُ ، فيقولُ جِبريلُ : ما شاءَ اللهُ ، لا قوَّةَ إلَّا باللهِ ، فيرُدُّ عليه ميكائيلُ : ما شاء اللهُ ، كلُّ نِعمةٍ منَ اللهِ ، فيرُدُّ عليهِ إسرافيلُ : ما شاءَ اللهُ ، الخيرُ كلُّهُ بيدِ اللهِ ، فيرُدُّ عليهِ الخَضِرُ : ما شاءَ اللهُ ، لا يَصرفُ السوءَ إلَّا اللهُ ، ثمَّ يتفرَّقونَ عَن هذه الكلِماتِ ، فلا يجتَمعونَ إلى قابِلَ مِن ذلك اليَومِ ، قالَ رسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ : فَما مِن أحدٍ يقولُ بهؤلاءِ الأربعِ مَقالاتٍ حينَ يستَيقِظُ مِن نومِهِ إلَّا وكَّلَ اللهُ به أربَعةً من الملائكَةِ يَحفظونَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Akan berkumpul pada setiap hari Arafah di Arafah Jibril, Mikail, Israfil serta Khadir, maka telah berkata Jibril: Masya Allah, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Lalu dibalas oleh oleh Mikail: Masya Allah, kesemua nikmat adalah dari Allah. Lalu dibalas oleh Israfil: Masya Allah, kesemua kebaikan adalah di tangan Allah. Khadir pula membalas: Masya Allah, tidak ada yang dapat memindahkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah kerana perkataan-perkataan ini, lalu mereka tidak lagi berkumpul selepas hari itu. Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang pun yang menyebutkan 4 perkataan ini ketika bangun dari tidur kecuali Allah akan menghantar kepadanya 4 orang malaikat untuk menjaganya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis no. 3886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ali RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan berkumpul pada setiap hari Arafah di Arafah Jibril, Mikail, Israfil serta Khadir, maka telah berkata Jibril: Masya Allah, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Lalu dibalas oleh oleh Mikail: Masya Allah, kesemua nikmat adalah dari Allah. Lalu dibalas oleh Israfil: Masya Allah, kesemua kebaikan adalah di tangan Allah. Khadir pula membalas: Masya Allah, tidak ada yang dapat memindahkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah kerana perkataan-perkataan ini, lalu mereka tidak lagi berkumpul selepas hari itu. Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang pun yang menyebutkan 4 perkataan ini ketika bangun dari tidur kecuali Allah akan menghantar kepadanya 4 orang malaikat untuk menjaganya… [Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6250]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman