Jibril, Mikail, Israfil dan Khidir akan berkumpul di padang Arafah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر، فيقول جبريل: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله، كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله، الخير كله بيد الله، فيرد عليه الخضر: ما شاء الله، لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات، فلا يجتمعون إلى قابل من ذلك اليوم، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril, Mikail, Israfil dan Khidir akan berkumpul di padang Arafah pada hari Arafah. Jibril berkata: Masya-Allah (Allah Maha Berkehendak apa sahaja). Tidak kekuatan melainkan dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah. Mikail membalas: Masya-Allah. Setiap nikmat datang daripada Allah. Israfil berkata: Masya-Allah, semua kebaikan berada dalam genggaman Allah. Lalu Khidir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah dengan perkataan-perkataan ini. Dan mereka tidak berkumpul lagi pada hari Arafah yang seterusnya. Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang menyebut empat ucapan ini ketika bangun daripada tidur melainkan Allah akan mengutuskan empat malaikat untuk menjaganya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1944, hadis nombor 9742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: يجتمع كل يوم عرفة بعرفات: جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر، فيقول جبريل: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله، كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله، الخير كله بيد الله، فيرد عليه الخضر: ما شاء الله، لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات، فلا يجتمعون إلى قابل من ذلك اليوم، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه…) الحديث بطوله.
[ابن عساكر، ابن الجوزي، خط، ((الضعيفة)) (6250)]

(Palsu)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril, Mikail, Israfil dan Khidir akan berkumpul di padang Arafah pada hari Arafah. Jibril berkata: Masya-Allah (Allah Maha Berkehendak apa sahaja). Tidak kekuatan melainkan dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah. Mikail membalas: Masya-Allah. Setiap nikmat datang daripada Allah. Israfil berkata: Masya-Allah, semua kebaikan berada dalam genggaman Allah. Lalu Khidir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah dengan perkataan-perkataan ini. Dan mereka tidak berkumpul lagi pada hari Arafah yang seterusnya. Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang menyebut empat ucapan ini ketika bangun daripada tidur melainkan Allah akan mengutuskan empat malaikat untuk menjaganya. Hadis ini diriwayatkan dengan begitu panjang.
[Riwayat Imam Ibn ‘Asakir dalam kitab Tarikh Dimasyq dan Imam Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at, keduanya dari jalan riwayat Imam Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6250]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.