Jibril, Mikail, Israfil, dan al-Khadir berkumpul setiap kali hari Arafah di padang Arafah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر ، فيقول جبريل : ما شاء الله ، لا قوة إلا بالله ، فيرد عليه ميكائيل : ما شاء الله ، كل نعمة من الله ، فيرد عليه إسرافيل : ما شاء الله ، الخير كله بيد الله ، فيرد عليه الخضر : ما شاء الله ، لا يصرف السوء إلا الله ، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات ، فلا يجتمعون إلى قابل من ذلك اليوم ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فما من أحد يقول بهؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه . . . الحديث بطوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril, Mikail, Israfil, dan al-Khadir berkumpul setiap kali hari Arafah di padang Arafah. Jibril berkata: Ma sha Allah, la quwwata illa billah. Lalu Mikail menjawab: Ma sha Allah, setiap nikmat ialah daripada Allah. Lalu Israfil menjawab: Ma sha Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Al-Khadir menjawab: Ma sha Allah, tiada yang menolak keburukan kecuali Allah. Kemudian mereka berpisah atas kalimah-kalimah ini. Mereka tidak berkumpul lagi sejak hari itu. Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang pun yang mengucapkan empat kalimah itu apabila bangun tidur melainkan Allah akan mewakilkan dengannya empat malaikat menjaganya… hingga akhir hadith yang panjang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 558, hadis nombor 2900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر فيقول جبريل: ما شاء الله لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله الخير كله بيد الله، فيرد ‌عليه ‌الخضر: ما شاء الله لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات فلا يجتمعون إلى قابل في ذلك اليوم، قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه…)) الحديث بطوله.
[ابن عساكر، ابن الجوزي، خط، ((الضعيفة)) (6250)]

(Palsu)
Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril, Mikail, Israfil, dan al-Khadir berkumpul setiap kali hari Arafah di padang Arafah. Jibril berkata: Ma sha Allah, la quwwata illa billah. Lalu Mikail menjawab: Ma sha Allah, setiap nikmat ialah daripada Allah. Lalu Israfil menjawab: Ma sha Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Al-Khadir menjawab: Ma sha Allah, tiada yang menolak keburukan kecuali Allah. Kemudian mereka berpisah atas kalimah-kalimah ini. Mereka tidak berkumpul lagi sejak hari itu. Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang pun yang mengucapkan empat kalimah itu apabila bangun tidur melainkan Allah akan mewakilkan dengannya empat malaikat menjaganya… hingga akhir hadith yang panjang.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam kitab Tarikh Dimashq, Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Maudu’at, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6250]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.