Jibril mengajarkan Nabi SAW doa: “Wahai cahaya langit dan bumi!.."(sehingga akhir doa)

TEKS BAHASA ARAB

يا نور السماوات والارض! يا زين السماوات والارض! يا جمال السماوات والارض! يا عماد السماوات والارض! يا بديع السماوات والارض! … ) . إلخ الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai cahaya langit dan bumi! Wahai hiasan langit dan bumi! Wahai kecantikan langit dan bumi! Wahai tiang langit dan bumi! Dan Wahai kemegahan langit dan bumi..!” (sehingga akhir doa).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis nombor 7942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمر-رضي الله عنهما- : أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فعلمه هذا الدعاء: ((يا نور السموات والارض! يا زين السموات والارض! يا جمال السموات والارض! يا عماد السموات والارض! يا بديع السموات والارض! … ) . إلخ الدعاء)). [ الدولابي، ((الضعيفة)) (6218)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Umar RA: Sesungguhnya telah datang Jibril kepada Nabi SAW lalu dia mengajar baginda doa yang berikut: “Wahai cahaya langit dan bumi! Wahai hiasan langit dan bumi! Wahai kecantikan langit dan bumi! Wahai tiang langit dan bumi! Dan Wahai kemegahan langit dan bumi..!” (sehingga akhir doa). [Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6218].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.