Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا نُورَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! يَا زَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! يَا جَمَالَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! يَا عِمَادَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! يَا بَدِيعَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! ... ) . إلخ الدعاء.
Teks Bahasa Melayu
Wahai cahaya langit dan bumi! Wahai hiasan langit dan bumi! Wahai kecantikan langit dan bumi! Wahai tiang langit dan bumi! Dan Wahai kemegahan langit dan bumi..!” (sehingga akhir doa).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis no. 7942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمر-رضي الله عنهما- : أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فعلمه هذا الدعاء: ((يا نور السموات والارض! يا زين السموات والارض! يا جمال السموات والارض! يا عماد السموات والارض! يا بديع السموات والارض! ... ) . إلخ الدعاء)). [ الدولابي، ((الضعيفة)) (6218)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Umar RA: Sesungguhnya telah datang Jibril kepada Nabi SAW lalu dia mengajar baginda doa yang berikut: “Wahai cahaya langit dan bumi! Wahai hiasan langit dan bumi! Wahai kecantikan langit dan bumi! Wahai tiang langit dan bumi! Dan Wahai kemegahan langit dan bumi..!” (sehingga akhir doa). [Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6218].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman