Jibril mendatangi aku pada 3 hari terakhir bulan Zulkaedah lalu berkata: Umrah telah masuk dalam haji sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل – عليه السلام – لثلاث بقين من ذي القعدة فقال: دخلت العمرة إلى الحج إلى يوم القيامة، فعند ذلك قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: لو استقبلت من أمري ما استدبرت ‌لم ‌أسق الهدى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril mendatangi aku pada 3 hari terakhir bulan Zulkaedah lalu berkata: Umrah telah masuk dalam haji sehingga hari kiamat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jika aku tahu masa depan seperti mana aku tahu masa lampau nescaya aku tidak akan menyembelih binatang ternakan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis nombor 3725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أتاني جبريل عليه السلام لثلاث بقين من ذي القعدة فقال: دخلت العمرة إلى الحج إلى يوم القيامة، فعند ذلك قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: لو استقبلت من أمري ما استدبرت ‌لم ‌أسق الهدى)). [المخلص في ((الفوائد))، طب، ((الضعيفة)) (1317)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril mendatangi aku pada 3 hari terakhir bulan Zulkaedah lalu berkata: Umrah telah masuk dalam haji sehingga hari kiamat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jika aku tahu masa depan seperti mana aku tahu masa lampau nescaya aku tidak akan menyembelih binatang ternakan.
[Riwayat al-Mukhlis dalam al-Fawaid dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1317]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs