Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ - عليه السلامُ - لثَلاثٍ بَقينَ مِنْ ذي القَعْدَةِ فقال: دخَلَتِ العمرةُ إلى الحجِّ إلى يومِ القيامةِ، فعندَ ذلك قال رسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم -: لو اسْتَقْبَلْتُ مِنْ أمري ما استدبرتُ لم أَسُقِ الهَدْيَ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril mendatangi aku pada 3 hari terakhir bulan Zulkaedah lalu berkata: Umrah telah masuk dalam haji sehingga hari kiamat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jika aku tahu masa depan seperti mana aku tahu masa lampau nescaya aku tidak akan menyembelih binatang ternakan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis no. 3725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((أتاني جبريل عليه السلام لثلاث بقين من ذي القعدة فقال: دخلت العمرة إلى الحج إلى يوم القيامة، فعند ذلك قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: لو استقبلت من أمري ما استدبرت لم أسق الهدى)). [المخلص في ((الفوائد))، طب، ((الضعيفة)) (1317)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril mendatangi aku pada 3 hari terakhir bulan Zulkaedah lalu berkata: Umrah telah masuk dalam haji sehingga hari kiamat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jika aku tahu masa depan seperti mana aku tahu masa lampau nescaya aku tidak akan menyembelih binatang ternakan. [Riwayat al-Mukhlis dalam al-Fawaid dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1317]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman