Jibril memberiku wasiat tentang jiran tetangga iaitu sebanyak empat puluh rumah

TEKS BAHASA ARAB

أوصاني جبرائيل -عليه السلام- بالجار إلى أربعين دارا، عشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril memberiku wasiat tentang jiran tetangga iaitu sebanyak empat puluh rumah (dari rumahku). Sepuluh dari sini (depan), sepuluh dari sini (belakang), sepuluh dari sini (kiri) dan sepuluh lagi dari sini (kanan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis nombor 9848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا: «أوصاني جبرائيل -عليه السلام- بالجار إلى أربعين دارا، عشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا».
[هق، «الضعيفة» (274)].

(Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril memberiku wasiat tentang jiran tetangga iaitu sebanyak empat puluh rumah (dari rumahku). Sepuluh dari sini (depan), sepuluh dari sini (belakang), sepuluh dari sini (kiri) dan sepuluh lagi dari sini (kanan).
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 274].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.