Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوصاني جبرائيلُ -علَيهِ السَّلامُ- بالجارِ إلى أربعينَ دارًا، عَشرةٌ من ها هُنا، وعَشرةٌ من ها هُنا، وعَشرةٌ من ها هُنا، وعشرةٌ من ها هُنا.
Teks Bahasa Melayu
Jibril memberiku wasiat tentang jiran tetangga iaitu sebanyak empat puluh rumah (dari rumahku). Sepuluh dari sini (depan), sepuluh dari sini (belakang), sepuluh dari sini (kiri) dan sepuluh lagi dari sini (kanan).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis no. 9848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة –رضي الله عنها- مرفوعا: «أوصاني جبرائيل -عليه السلام- بالجار إلى أربعين دارا، عشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا، وعشرة من ها هنا». [هق، «الضعيفة» (274)].
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril memberiku wasiat tentang jiran tetangga iaitu sebanyak empat puluh rumah (dari rumahku). Sepuluh dari sini (depan), sepuluh dari sini (belakang), sepuluh dari sini (kiri) dan sepuluh lagi dari sini (kanan). [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 274].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman