Jibril memberiku makan harisah (makanan dari tepung dan daging)

TEKS BAHASA ARAB

أطعمني جبريل الهريسة من الجنة لأشد بها ظهري لقيام الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril memberiku makan harisah (makanan dari tepung dan daging) dari syurga agar dapat menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis nombor 2065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة – رضي الله عنه – مرفوعا: «أَطْعَمَنِي جِبْرِيلُ الهَرِيسَةَ مِنَ الْجَنَّةِ لِأَشَدَّ بِهَا ظَهْرِي لِقِيَامِ اللَّيْلِ». [عق، ابن حبان في «الضعفاء»، عد، تمام، «الضعيفة» (690)].

(Palsu) Daripada Huzaifah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Jibril memberiku makan harisah (makanan dari tepung dan daging) dari syurga agar dapat menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam". [Riwayat al-‘Uqayli, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn ‘Adi dan Tammam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 690].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs