Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَطْعَمَنِي جِبْرِيلُ الهَرِيسَةَ مِنَ الْجَنَّةِ لِأَشَدَّ بِهَا ظَهْرِي لِقِيَامِ اللَّيْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril memberiku makan harisah (makanan dari tepung dan daging) dari syurga agar dapat menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis no. 2065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حذيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: «أَطْعَمَنِي جِبْرِيلُ الهَرِيسَةَ مِنَ الْجَنَّةِ لِأَشَدَّ بِهَا ظَهْرِي لِقِيَامِ اللَّيْلِ». [عق، ابن حبان في «الضعفاء»، عد، تمام، «الضعيفة» (690)].
(Palsu) Daripada Huzaifah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Jibril memberiku makan harisah (makanan dari tepung dan daging) dari syurga agar dapat menguatkan belakangku untuk berdiri solat malam". [Riwayat al-‘Uqayli, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn ‘Adi dan Tammam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 690].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman