Jibril diperintahkan untuk menurunkan permata Yaqut dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

أمر جبريل أن ينزل بياقوتة من الجنة، فهبط بها فمسح بها رأس آدم، فتناثر الشعر منه، فحيث بلغ نورها صار حرما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril diperintahkan untuk menurunkan permata Yaqut dari syurga lalu ia turun bersamanya, dan dia menggosok kepala Adam, lalu berguguran rambutnya daripadanya, yang mana sejauh cahayanya sampai di situlah menjadi tanah haram.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 737, hadis nombor 3766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن محمد بن يحيى المعاذي قال: قال يحيى بن أكثم في مجلس الواثق – والفقهاء بحضرته -: من حلق رأس آدم حين حج؟ فتعايا القوم عن الجواب، فقال الواثق: أنا أحضركم من ينبئكم بالخبر، فبعث إلى علي بن محمد بن علي بن موسى بن جعفر بن محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب، فأحضر، فقال: يا أبا الحسن من حلق رأس آدم؟ فقال: سألتك بالله يا أمير المؤمنين إلا أعفيتني، قال: أقسمت عليك لتقولن، قال: أما إذ أبيت فإن أبي حدثني عن جدي عن أبيه عن جده قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((أمر جبريل أن ينزل بياقوتة من الجنة، فهبط بها فمسح بها رأس آدم، فتناثر الشعر منه، فحيث بلغ نورها صار حرما)). [خط، ((الضعيفة)) (2934)]

(Palsu)
Daripada Muhammad bin Yahya al-Muazi berkata: Yahya bin Aktham dalam majlis al-Wathiq (khalifah) dan dengan kehadiran fuqaha, bertanya: Siapa yang mencukur kepala Adam ketika melakukan haji? Lalu orang ramai tidak dapat menjawab, lalu al-Wathiq berkata: Aku akan membawa kepada kamu orang yang boleh memberikan kamu khabar lalu diutuskan kepada Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib, lalu dia didatangkan dan berkata: Wahai Abu al-Hasan siapakah yang mencukur kepala Adam? Dia berkata: Aku bertanya kepada engkau demi Allah, wahai Amir al-Mukminin kecuali engkau mengampunkan aku. Dia berkata: Aku bersumpah kepadamu nescaya kamu akan berkata. Dia berkata: Jika engkau enggan maka ayahku berkata kepadaku daripada datukku daripada ayahnya daripada datuknya berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril diperintahkan untuk menurunkan permata Yaqut dari syurga lalu ia turun bersamanya, dan dia menggosok kepala Adam, lalu berguguran rambutnya daripadanya, yang mana sejauh cahayanya sampai di situlah menjadi tanah haram.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2934]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs