TEKS BAHASA ARAB
أتاني جبريل فقال: يا محمد كن عجاجا ثجاجا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Wahai Muhammad, jadilah orang yang lantang dan mencurah-curah dalam memberi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis nombor 5330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن السائب بن خلاد رضي الله عنه مرفوعًا: أتاني جبريل فقال: يا محمد كن عجاجا ثجاجا. [حم، الضعيفة (1777)]
(Lemah) Daripada al-Sa’ib bin Khallad RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Wahai Muhammad, jadilah orang yang lantang dan mencurah-curah dalam memberi. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1777]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.