TEKS BAHASA ARAB
أتاني جبريل، فقال: إن ربي وربك يقول لك: تدري كيف رفعت لك ذكرك؟ قلت: الله أعلم قال: لا أذكر إلا ذكرت معي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhan kita telah bertitah kepadamu, tahukah kamu bagaimanakah Aku mengangkat ingatan berkenaanmu? Saya menjawab: Allah lebih mengetahui. Allah berfirman : Aku tidak akan disebut, melainkan kamu juga akan disebut bersama-Ku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis nombor 5329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعًا أتاني جبريل فقال: إن ربي وربك يقول لك: تدري كيف رفعت لك ذكرك؟ قلت: الله أعلم، قال: لا أذكر إلا ذكرت معي. [ع، حب، ابن جرير، النجاد في الرد على من يقول: القرآن مخلوق، ابن النجار في ذيل تاريخ بغداد، الضعيفة (1746)]
(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhan kita telah bertitah kepadamu, tahukah kamu bagaimanakah Aku mengangkat ingatan berkenaanmu? Saya menjawab: Allah lebih mengetahui. Allah berfirman: Aku tidak akan disebut, melainkan kamu juga akan disebut bersama-Ku. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Sahih, Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan, al-Najjad dalam al-Radd ‘ala man yaqul al-Quran makhluq dan Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1746]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.