Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَتَانِي جِبْرِيْلُ فَقَالَ: إِنَّ رَبِّي وَرَبَّكَ يَقُولُ لَكَ: تَدْرِي كَيْفَ رَفَعْتُ لكَ ذِكرَكَ؟ قُلْتُ: اللهُ أَعْلَمُ، قَالَ: لَا أُذْكُرُ إلَّا ذُكِرْتَ مَعِي.
Teks Bahasa Melayu
Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhan kita telah bertitah kepadamu, tahukah kamu bagaimanakah Aku mengangkat ingatan berkenaanmu? Saya menjawab: Allah lebih mengetahui. Allah berfirman : Aku tidak akan disebut, melainkan kamu juga akan disebut bersama-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis no. 5329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعًا أتاني جبريل فقال: إن ربي وربك يقول لك: تدري كيف رفعت لك ذكرك؟ قلت: الله أعلم، قال: لا أذكر إلا ذكرت معي. [ع، حب، ابن جرير، النجاد في الرد على من يقول: القرآن مخلوق، ابن النجار في ذيل تاريخ بغداد، الضعيفة (1746)]
(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Jibril datang menemui saya, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhan kita telah bertitah kepadamu, tahukah kamu bagaimanakah Aku mengangkat ingatan berkenaanmu? Saya menjawab: Allah lebih mengetahui. Allah berfirman: Aku tidak akan disebut, melainkan kamu juga akan disebut bersama-Ku. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Sahih, Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan, al-Najjad dalam al-Radd ‘ala man yaqul al-Quran makhluq dan Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1746]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman