Jibril datang menemui saya bersama semangkuk harissa (bubur) dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل بهريسة من الجنة فأكلتها فأعطيت قوة أربعين رجلا في الجماع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril datang menemui saya bersama semangkuk harissa (bubur) dari syurga, maka saya pun menjamahnya. Lalu saya dikurniakan kekuatan jimak 40 orang lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis nombor 5327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: أتاني جبريل بهريسة من الجنة فأكلتها، فأعطيت قوة أربعين رجلا في الجماع. [عد، ابن الجوزي، الضعيفة (1686)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda, “Jibril datang menemui saya bersama semangkuk harissa (bubur) dari syurga, maka saya pun menjamahnya. Lalu saya dikurniakan kekuatan jimak 40 orang lelaki. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1686]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs