Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jibril datang menemui saya, beliau menggenggam tangan saya dan menunjukkan sebuah pintu syurga

Teks Bahasa Arab

أَتَانِي جِبْرِيْلُ فَأَخَذَ بِِيَدِي فَأَرَانِي بَابَ الجَنَّةِ الَّذِي تَدْخُلُ مِنْهُ أُمَّتِي فَقََالَ أَبُو بَكْرٍ: يَا رَسُولَ اللهِ وَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ مَعَكَ حَتَّى أَنْظُرَ إلَيْهِ فَقَالَ: أَمَا إِنَّك يَا أَبَا بَكْرٍ! أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي.

Teks Bahasa Melayu

Jibril datang menemui saya, beliau menggenggam tangan saya dan menunjukkan sebuah pintu syurga yang bakal dimasuki umat saya. Abu Bakar RA berkata: Wahai Rasulullah, saya gemar jika saya ada bersama anda supaya saya juga dapat lihat pintu tersebut. Baginda SAW bersabda: Kamu, wahai Abu Bakar, umatku yang pertama akan masuk syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis no. 5328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: أتاني جبريل، فأخذ بيدي، فأراني باب الجنة الذي تدخل منه أمتي، فقال أبو بكر: يا رسول الله! وددت أني كنت معك حتى أنظر إليه، فقال: أما إنك يا أبا بكر! أول من يدخل الجنة من أمتي. [د، ابن شاهين في السنة، ك، الضعيفة (1745)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril datang menemui saya, beliau menggenggam tangan saya dan menunjukkan sebuah pintu syurga yang bakal dimasuki umat saya. Abu Bakar RA berkata: Wahai Rasulullah, saya gemar jika saya ada bersama anda supaya saya juga dapat lihat pintu tersebut. Baginda SAW bersabda: Kamu, wahai Abu Bakar, umatku yang pertama akan masuk syurga. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Ibn Shahin dalam al-Sunnah, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1745]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.