Jibril datang kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل فأخذ بيدي ، فأراني باب الجنة الذي تدخل منه أمتي ، فقال أبو بكر : يا رسول الله ! وددت أني كنت معك حتى أنظر إليه ، فقال: أما إنك يا أبا بكر ! أول من يدخل الجنة من أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril datang kepadaku. Dia mengambil tanganku dan menunjukkan kepada aku pintu syurga yang umatku akan masuk melaluinya. Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah sukanya aku jika aku bersama-samamu pada saat itu supaya aku pun dapat melihatnya sekali." Rasulullah SAW bersabda: "Adapun kamu wahai Abu Bakar, orang yang paling awal masuk syurga dalam kalangan umatku."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis nombor 9062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: أتاني جبريل، فأخذ بيدي، فأراني باب الجنة الذي تدخل منه أمتي، فقال أبو بكر: يا رسول الله! وددت أني كنت معك حتى أنظر إليه، فقال: أما إنك يا أبا بكر! أول من يدخل الجنة من أمتي. [د، ابن شاهين في (السنة)، ك، ((الضعيفة)) (1745)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jibril datang kepadaku. Dia mengambil tanganku dan menunjukkan kepada aku pintu syurga yang umatku akan masuk melaluinya." Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah sukanya aku jika aku bersama-samamu pada saat itu supaya aku pun dapat melihatnya sekali." Rasulullah SAW bersabda: "Adapun kamu wahai Abu Bakar, orang yang paling awal masuk syurga dalam kalangan umatku." [Riwayat Abu Daud, Ibn Shahin dalam al-Sunnah dan Al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1745]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.