Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: جاءني جبريل فأومأ إلي بتمر فقال: ما تسمون هذا في أرضكم؟ قلت: نسميه التمر البرني قال: كله فإن فيه سبع خصال.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jibril datang kepadaku lalu memberi isyaratkepada sebiji tamar. Lalu Jibril berkata: Apa yang engkau namakan buah ini di tempat kamu? Aku menjawab: Kami namakannya tamar al-Barni, Jibril berkata: Makanlah ia kerana di dalamnya ada 7 kelebihan.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 179-180, hadis no. 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي وقال: باطل ورواه ابن عدي أيضا عن علي مرفوعا: خير ثمراتكم البرني يخرج الداء ولا داء فيه وفي إسناده: إسحاق الفروي متروك. وقد رواه أبو نعيم في الطب من غير طريقه وله طرق أخرى موضوعة وأخرجه الحاكم في المستدرك وقال: صحيح من حديث أنس وتعقبه الذهبي في تلخيصه فقال: عثمان بن عبد الله العبدي لا يعرف والحديث منكر. وأخرجه ابن عدي أيضا من حديث ابن بريدة عن أبيه مرفوعا. قال ابن حبان: عقبة بن عبد الله الأصم: ينفرد بالمناكير عن المشاهير.قال في اللآلىء: روى له الترمذي وقد أخرجه البخاري في التاريخ والبيهقي في الشعب وصححه المقدسي وأخرجه من حديث أبي سعيد أبو نعيم في الطب والحاكم في المستدرك فالحكم يوضعه مجازفة .
Ibn ‘Adi meriwayatkan dan berkata: Hadith ini batil. Dan beliau meriwayatkannya juga daripada Ali secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik buah-buahan di negara kamu adalah tamar al-Barni yang boleh menyembuhkan penyakit, dan tiada penyakit padanya dan pada sanad hadith ini terdapat Ishak al-Farawi sedangkan dia seorang yang matruk (terlalu daif). Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tibb yang bukan melalui jalan Ibn ‘Adi. Dan bagi hadith ini jalan-jalan lain yang palsu. al-Hakim meriwayatkannya dalam al-Mustadrak, dan dia berkata: Hadith ini sahih, daripada hadith Anas. Al-Zahabi mengulasnya (hadis ini) di dalam kitabnya talkhis: dia berkata: Terdapat Uthman bin Abdullah al-‘Abdi yang tidak dikenali dan hadith ini munkar (sangat lemah). Ibn ‘Adi juga meriwayatkannya dari hadith Ibn Buraidah daripada bapanya secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban berkata: Uqbah bin Abdullah al-‘Asam bersendirian meriwayatkan hadith-hadith munkar (sangat lemah) dari perawi-perawi masyhur. Al-Suyuthi berkata: Al-Tirmizi meriwayatkan hadith ini, dan al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tarikh, al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu‘ab dan di sahihkan oleh al-Maqdisiyy, Abu Nu’aim meriwayatkan dalam kitabnya al-Tibb melalui hadith Abi Said, dan al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak. Maka, status palsunya dianggap berlebihan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman