Jibril datang kepadaku lalu memberi isyarat dengan sebiji tamar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: جاءني جبريل فأومأ إلي بتمر فقال: ما تسمون هذا في أرضكم؟ قلت: نسميه التمر البرني قال: كله فإن فيه سبع خصال _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jibril datang kepadaku lalu memberi isyarat dengan sebiji tamar. Lalu Jibril berkata: Apa yang engkau namakan buah ini di tempat kamu? Aku menjawab: Kami namakannya tamar al-Barni, Jibril berkata: Makanlah ia kerana di dalamnya ada 7 kelebihan… hingga akhir hadith.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 179-180, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي وقال: باطل ورواه ابن عدي أيضا عن علي مرفوعا: خير ثمراتكم البرني يخرج الداء ولا داء فيه وفي إسناده: إسحاق الفروي متروك.
وقد رواه أبو نعيم في الطب من غير طريقه وله طرق أخرى موضوعة وأخرجه الحاكم في المستدرك وقال: صحيح من حديث أنس وتعقبه الذهبي في تلخيصه فقال: عثمان بن عبد الله العبدي لا يعرف والحديث منكر.
وأخرجه ابن عدي أيضا من حديث ابن بريدة عن أبيه مرفوعا.
قال ابن حبان: عقبة بن عبد الله الأصم: ينفرد بالمناكير عن المشاهير.
قال في اللآلىء: روى له الترمذي وقد أخرجه البخاري في التاريخ والبيهقي في الشعب وصححه المقدسي وأخرجه من حديث أبي سعيد أبو نعيم في الطب والحاكم في المستدرك فالحكم يوضعه مجازفة .

Ibn ‘Adi meriwayatkan dan berkata: Hadith ini batil. Dan beliau meriwayatkannya juga daripada Ali secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik buah-buahan di negara kamu adalah tamar al-Barni yang boleh menyembuhkan penyakit, dan tiada penyakit padanya dan pada sanad hadith ini terdapat Ishak al-Farawi sedangkan dia seorang yang matruk (terlalu daif).
Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tibb yang bukan melalui jalan Ibn ‘Adi. Dan bagi hadith ini jalan-jalan lain yang palsu. al-Hakim meriwayatkannya dalam al-Mustadrak, dan dia berkata: Hadith ini sahih, daripada hadith Anas. Al-Zahabi mengulasnya (hadis ini) di dalam kitabnya talkhis: dia berkata: Terdapat Uthman bin Abdullah al-‘Abdi yang tidak dikenali dan hadith ini munkar (sangat lemah).
Ibn ‘Adi juga meriwayatkannya dari hadith Ibn Buraidah daripada bapanya secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Ibn Hibban berkata: Uqbah bin Abdullah al-‘Asam bersendirian meriwayatkan hadith-hadith munkar (sangat lemah) dari perawi-perawi masyhur.
Al-Suyuthi berkata: Al-Tirmizi meriwayatkan hadith ini, dan al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tarikh, al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu‘ab dan di sahihkan oleh al-Maqdisiyy, Abu Nu’aim meriwayatkan dalam kitabnya al-Tibb melalui hadith Abi Said, dan al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak. Maka, status palsunya dianggap berlebihan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs