Jibril datang kepadaku, lalu beliau berkata: Wahai Muhammad! Tuhanmu mengucapkan salam kepada kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل، فقال: يا محمد! ربك يقرأ عليك السلام، ويقول: إن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالغنى، ولو أفقرته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالفقر، ولو أغنيته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالسقم، ولو أصححته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالصحة، ولو أسقمته لكفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril datang kepadaku, lalu beliau berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanmu mengucapkan salam kepada kamu dan Dia berfirman: Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku ada yang tidak elok imannya melainkan dengan kekayaan, sekiranya Aku menjadikannya fakir nescaya dia akan kufur. Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku juga ada yang tidak elok imannya melainkan dengan kemiskinan, sekiranya Aku menjadikannya kaya nescaya dia akan kufur. Sesungguhnya juga ada antara hamba-hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan dengan penyakit, sekiranya Aku memberikan kesihatan kepadanya nescaya dia akan kufur. Susungguhnya juga ada antara hamba-hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan dengan kesihatan, sekiranya Aku menimpakan penyakit kepadanya nescaya dia akan kufur".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 455, hadis nombor 2438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أتاني جبريل، فقال: يا محمد! ربك يقرأ عليك السلام، ويقول: إن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالغنى، ولو أفقرته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالفقر، ولو أغنيته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالسقم، ولو أصححته لكفر، وإن من عبادي من لا يصلح إيمانه إلا بالصحة، ولو أسقمته لكفر». [خط، «الضعيفة» (1774)].

(Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Jibril datang kepadaku, lalu beliau berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanmu mengucapkan salam kepada kamu dan Dia berfirman: Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku ada yang tidak elok imannya melainkan dengan kekayaan, sekiranya Aku menjadikannya fakir nescaya dia akan kufur. Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku juga ada yang tidak elok imannya melainkan dengan kemiskinan, sekiranya Aku menjadikannya kaya nescaya dia akan kufur. Sesungguhnya juga ada antara hamba-hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan dengan penyakit, sekiranya Aku memberikan kesihatan kepadanya nescaya dia akan kufur. Susungguhnya juga ada antara hamba-hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan dengan kesihatan, sekiranya Aku menimpakan penyakit kepadanya nescaya dia akan kufur". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1774].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.