TEKS BAHASA ARAB
أتاني جبريل بسفرجلة من الجنة فأكلتها ليلة أسري بي فعلقت خديجة بفاطمة فكنت إذا اشتقت إلى رائحة الجنة شممت رقبة فاطمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jibril datang kepadaku dengan Safarjalah (buah kuins) daripada syurga. Maka aku makan buah tersebut pada malam Israk. Lantas Khadijah mengandungkan Fatimah. Apabila aku merasa rindu dengan bau syurga, maka aku akan menghidu bau tengkuk Fatimah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي اللآلئ سعد رَفعه «أَتَانِي جِبْرِيلُ بِسَفَرْجَلَةٍ مِنَ الْجَنَّةِ فَأَكَلْتُهَا لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فَعُلِّقَتْ خَدِيجَةُ بِفَاطِمَةَ فَكُنْتُ إِذَا اشْتَقْتُ إِلَى رَائِحَةِ الْجَنَّةِ شَمَمْتُ رَقَبَةَ فَاطِمَة» قَالَ ابْن حجر الْوَضع عَلَيْهِ ظَاهر فَإِن فَاطِمَة ولدت قبل الْإِسْرَاء بِالْإِجْمَاع وَقَالَ الْمُؤلف قبل النُّبُوَّة بِخمْس سِنِين.
Dalam kitab al-La’ali daripada Sa’ad yang diriwayatkan secara marfu’:
“Jibril datang kepadaku dengan Safarjalah (buah kuini) daripada syurga. Maka aku makan buah tersebut pada malam Israk. Lantas Khadijah mengandungkan Fatimah. Apabila aku merasa rindu dengan bau syurga, maka aku akan menghidu bau tengkuk Fatimah.” Ibn Hajar berkata: Kepalsuan hadith ini adalah jelas. Secara ijmaknya, Fatimah lahir sebelum peristiwa Israk. Penulis berkata: Beliau lahir lima tahun sebelum kenabian.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.