Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jibril datang kepadaku dan berkata

Teks Bahasa Arab

أتاني جبريلُ عليه السلامُ فقال: أَقْرِئْ عمرَ السلامَ ، وقُلْ له إنَّ رضاه حُكْمٌ ، وإنَّ غضبَه عِزٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Jibril datang kepadaku dan berkata: Sampaikanlah salam kepada 'Umar dan katakan: Sesungguhnya redanya menjadi hukum dan marahnya ialah satu kemuliaan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1799, hadis no. 9063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنها - مرفوعا: أتاني جبريل عليه السلام - ( فقال: أقرِئ عمر السلام، وقل له إن رِضاه حكم، وإن غضبه عز. [طب، ((الضعيفة )) (1687)]

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: Jibril datang kepadaku dan berkata: Sampaikanlah salam kepada 'Umar dan katakan: Sesungguhnya redanya menjadi hukum dan marahnya ialah satu kemuliaan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1687]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.