Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ فأخذ بِيدِي ، فأَراني بابَ الجَنَّةِ الذي تدْخلُ منه أُمَّتي ، فقال أبو بكرٍ : يا رسولَ اللهِ ! ودِدْتُ أنِّي كنتُ مَعَكَ حتَّى أنظُرَ إلَيْهِ ، فقال: أَمَا إِنَّك يا أبا بكرٍ ! أولُ من يَدخلُ الجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي.
Teks Bahasa Melayu
Jibril datang kepadaku. Dia mengambil tanganku dan menunjukkan kepada aku pintu syurga yang umatku akan masuk melaluinya. Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah sukanya aku jika aku bersama-samamu pada saat itu supaya aku pun dapat melihatnya sekali." Rasulullah SAW bersabda: "Adapun kamu wahai Abu Bakar, orang yang paling awal masuk syurga dalam kalangan umatku."
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis no. 9062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: أتاني جبريل، فأخذ بيدي، فأراني باب الجنة الذي تدخل منه أمتي، فقال أبو بكر: يا رسول الله! وددت أني كنت معك حتى أنظر إليه، فقال: أما إنك يا أبا بكر! أول من يدخل الجنة من أمتي. [د، ابن شاهين في (السنة)، ك، ((الضعيفة)) (1745)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jibril datang kepadaku. Dia mengambil tanganku dan menunjukkan kepada aku pintu syurga yang umatku akan masuk melaluinya." Abu Bakar berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah sukanya aku jika aku bersama-samamu pada saat itu supaya aku pun dapat melihatnya sekali." Rasulullah SAW bersabda: "Adapun kamu wahai Abu Bakar, orang yang paling awal masuk syurga dalam kalangan umatku." [Riwayat Abu Daud, Ibn Shahin dalam al-Sunnah dan Al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1745]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman