Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang bukan kebiasaan Jibril datang

TEKS BAHASA ARAB

جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم في حين غير حينه الذي كان يأتيه فيه، فقام إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ((يا جبريل! ما لي أراك متغير اللون؟! فقال: ما جئتك حتى أمر الله عز وجل بمفاتيح النار. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا جبريل! صف لي النار، وانعت لي جهنم! فقال جبريل: إن الله تبارك وتعالى أمر بجهنم فأوقد عليها ألف عام حتى ابيضت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى احمرت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى اسودت، فهي سوداءً مظلمة، لا يضيء شررها، ولا يطفأ لهبها. والذي بعثك بالحق! لو أن قدر ثقب إبرة فتح من جهنم؛ لمات من في الأرض كلهم جميعاً من حره. والذي بعثك بالحق! لو أن ثوباً من ثياب النار علق بين السماء والأرض؛ لمات من في الأرض جميعاً من حره. والذي بعثك بالحق! لو أن خازناً من خزنة جهنم برز إلى أهل الدنيا، فنظروا إليه؛ لمات من في الأرض كلهم من قبح وجهه ومن نتن ريحه. والذي بعثك بالحق! لو أن حلقة من حلق سلسلة أهل النار التي نعت الله في كتابه وضعت على جبال الدنيا؛ لا رفضت وما تقارت حتى تنتهي إلى السفلى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: حسبي يا جبريل! لا ينصدع قلبي فأموت. قال: فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى جبريل وهو يبكي. فقال: تبكي يا جبريل وأنت من الله بالمكان الذي أنت به؟! قال: وما لي لا أبكي! أن أحق بالبكاء؛ لعلي أكون في علم الله على غير الحال التي أنا عليها، وما أدري لعلي أبتلى بمثل ما ابتلي به إبليس؛ فقد كان من الملائكة. وما يدريني لعلي أبتلى بمثل ما ابتلي به هاروت وماروت. قال: فبكى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبكى جبريل عليه السلام، فما زالا يبكيان حتى نوديا أن: يا جبريل! ويا محمد! إن الله عز وجل قد أمنكما أن تعصياه. فارتفع جبريل عليه السلام، وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فمر بقوم من الأنصار يضحكون ويلعبون؛ فقال: أتضحكون ووراءكم جهنم؟! فلو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلاً، ولبكيتم كثيراً، ولما أسغتم الطعام والشراب، ولخرجتم إلى الصعدات تجأرون إلى الله عز وجل. فنودي: يا محمد! لا تقنط عبادي، إنما بعثتك ميسراً، ولم أبعثك معسراً. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سددوا وقاربوا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang bukan kebiasaan Jibril datang, lalu Rasulullah SAW bangun dan datang kepada Jibril seraya berkata: “Wahai Jibril, mengapa aku melihat kamu berubah warna? Dia berkata: Aku tidak datang kepadamu sehingga Allah memerintahkan aku dengan kunci-kunci neraka. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Jibril, ceritakan padaku tentang neraka dan kisahkan padaku tentang Jahannam. Jibril berkata: Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada Jahannam lalu ia dibakar 1000 tahun sehingga menjadi putih, kemudian dibakar lagi 1000 tahun sehingga ia merah membara, kemudian dibakar lagi 1000 tahun sehingga ia menjadi hitam legam. Ia adalah hitam yang sangat pekat. Tidak bersinar percikannya, tidak padam apinya, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada pakaian dari pakaian neraka yang digantung diantara langit dan bumi nescaya semua yang ada di bumi akan mati kerana kepanasannya, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada penjaga dari penjaga-penjaga Jahannam yang muncul di hadapan penduduk bumi nescaya mereka semua akan mati sejurus melihat mereka kerana buruknya rupa dan busuknya bau mereka, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada rantaian dari rantaian-rantaian penghuni neraka yang disifatkan oleh Allah dalam kitab-Nya diletakkan di atas bukit dunia nescaya ia akan hancur sehingga ke bahagian bumi yang dalam, lalu Rasulullah SAW bersabda: Cukuplah aku wahai Jibril, tidak tercabut jantungku lalu aku mati. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW melihat Jibril sementara dia menangis. Nabi SAW bertanya: Kamu menangis wahai Jibril? Sementara engkau berada di tempat yang tinggi di sisi Allah! Lalu dia berkata: Masakan aku tidak menangis? Aku lebih berhak menangis semoga aku berada dalam pengetahuan Allah dalam keadaan yang berbeza dari sebelum ini, aku tidak tahu adakah aku diuji dengan ujian yang menimpa Iblis, ia asalnya dari malaikat, aku juga tidak tahu adakah aku diuji dengan ujian yang menimpa Harut dan Marut. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW menangis dan Jibril AS juga menangis. Mereka berdua menangis sehinggalah diseru: Wahai Jibril dan Muhammad. Sesungguhnya Allah telah menjaga kamu dari maksiat. Lalu Jibril AS naik ke langit. Lalu Rasulullah SAW keluar dan berjumpa dengan suatu kaum dari Ansar yang sedang ketawa dan bermain. Lalu berkata: Adakah kamu ketawa sedangkan di belakang kamu adalah neraka Jahannam? Jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, dan kamu akan lupa untuk makan dan minum, dan kamu keluar ke tangga-tangga dan melakukan sesuatu yang berani kepada Allah azza wa jalla. Lalu diseru: Wahai Muhammad: Janganlah engkau menjadikan hambaKu berputus asa, aku mengutusmu sebagai pemudah, bukan untuk menyusahkan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Carilah yang benar dan amalkan ia.”

STATUS

Palsu dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 650 – 651, hadis nombor 3364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن عدي بن عدي الكندي -رضي الله عنه -، قال: قال عمر بن الخطاب: جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم في حين غير حينه الذي كان يأتيه فيه، فقام إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ((يا جبريل! ما لي أراك متغير اللون؟! فقال: ما جئتك حتى أمر الله عز وجل بمفاتيح النار. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا جبريل! صف لي النار، وانعت لي جهنم! فقال جبريل: إن الله تبارك وتعالى أمر بجهنم فأوقد عليها ألف عام حتى ابيضت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى احمرت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى اسودت، فهي سوداءً مظلمة، لا يضيء شررها، ولا يطفأ لهبها. والذي بعثك بالحق! لو أن قدر ثقب إبرة فتح من جهنم؛ لمات من في الأرض كلهم جميعاً من حره. والذي بعثك بالحق! لو أن ثوباً من ثياب النار علق بين السماء والأرض؛ لمات من في الأرض جميعاً من حره. والذي بعثك بالحق! لو أن خازناً من خزنة جهنم برز إلى أهل الدنيا، فنظروا إليه؛ لمات من في الأرض كلهم من قبح وجهه ومن نتن ريحه. والذي بعثك بالحق! لو أن حلقة من حلق سلسلة أهل النار التي نعت الله في كتابه وضعت على جبال الدنيا؛ لا رفضت وما تقارت حتى تنتهي إلى السفلى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: حسبي يا جبريل! لا ينصدع قلبي فأموت. قال: فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى جبريل وهو يبكي. فقال: تبكي يا جبريل وأنت من الله بالمكان الذي أنت به؟! قال: وما لي لا أبكي! أن أحق بالبكاء؛ لعلي أكون في علم الله على غير الحال التي أنا عليها، وما أدري لعلي أبتلى بمثل ما ابتلي به إبليس؛ فقد كان من الملائكة. وما يدريني لعلي أبتلى بمثل ما ابتلي به هاروت وماروت. قال: فبكى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبكى جبريل عليه السلام، فما زالا يبكيان حتى نوديا أن: يا جبريل! ويا محمد! إن الله عز وجل قد أمنكما أن تعصياه. فارتفع جبريل عليه السلام، وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ فمر بقوم من الأنصار يضحكون ويلعبون؛ فقال: أتضحكون ووراءكم جهنم؟! فلو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلاً، ولبكيتم كثيراً، ولما أسغتم الطعام والشراب، ولخرجتم إلى الصعدات تجأرون إلى الله عز وجل. فنودي: يا محمد! لا تقنط عبادي، إنما بعثتك ميسراً، ولم أبعثك معسراً. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سددوا وقاربوا)). [ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، طس، ((الضعيفة)) (910، 1306، 5401)]

(Palsu dengan selengkap ini) Daripada Adi bin Adi al-Kindi RA berkata: Umar bin al-Khattab berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang bukan kebiasaan Jibril datang, lalu Rasulullah SAW bangun dan datang kepada Jibril seraya berkata: “Wahai Jibril, mengapa aku melihat kamu berubah warna? Dia berkata: Aku tidak datang kepadamu sehingga Allah memerintahkan aku dengan kunci-kunci neraka. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Jibril, ceritakan padaku tentang neraka dan kisahkan padaku tentang Jahannam. Jibril berkata: Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada Jahannam lalu ia dibakar 1000 tahun sehingga menjadi putih, kemudian dibakar lagi 1000 tahun sehingga ia merah membara, kemudian dibakar lagi 1000 tahun sehingga ia menjadi hitam legam. Ia adalah hitam yang sangat pekat. Tidak bersinar percikannya, tidak padam apinya, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada pakaian dari pakaian neraka yang digantung diantara langit dan bumi nescaya semua yang ada di bumi akan mati kerana kepanasannya, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada penjaga dari penjaga-penjaga Jahannam yang muncul di hadapan penduduk bumi nescaya mereka semua akan mati sejurus melihat mereka kerana buruknya rupa dan busuknya bau mereka, demi zat Yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika ada rantaian dari rantaian-rantaian penghuni neraka yang disifatkan oleh Allah dalam kitab-Nya diletakkan di atas bukit dunia nescaya ia akan hancur sehingga ke bahagian bumi yang dalam, lalu Rasulullah SAW bersabda: Cukuplah aku wahai Jibril, tidak tercabut jantungku lalu aku mati. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW melihat Jibril sementara dia menangis. Nabi SAW bertanya: Kamu menangis wahai Jibril? Sementara engkau berada di tempat yang tinggi di sisi Allah! Lalu dia berkata: Masakan aku tidak menangis? Aku lebih berhak menangis semoga aku berada dalam pengetahuan Allah dalam keadaan yang berbeza dari sebelum ini, aku tidak tahu adakah aku diuji dengan ujian yang menimpa Iblis, ia asalnya dari malaikat, aku juga tidak tahu adakah aku diuji dengan ujian yang menimpa Harut dan Marut. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW menangis dan Jibril AS juga menangis. Mereka berdua menangis sehinggalah diseru: Wahai Jibril dan Muhammad. Sesungguhnya Allah telah menjaga kamu dari maksiat. Lalu Jibril AS naik ke langit. Lalu Rasulullah SAW keluar dan berjumpa dengan suatu kaum dari Ansar yang sedang ketawa dan bermain. Lalu berkata: Adakah kamu ketawa sedangkan di belakang kamu adalah neraka Jahannam? Jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, dan kamu akan lupa untuk makan dan minum, dan kamu keluar ke tangga-tangga dan melakukan sesuatu yang berani kepada Allah azza wa jalla. Lalu diseru: Wahai Muhammad: Janganlah engkau menjadikan hambaKu berputus asa, aku mengutusmu sebagai pemudah, bukan untuk menyusahkan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Carilah yang benar dan amalkan ia.” [ٌRiwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Nar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 910, 1306, 5401]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs