Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jibril datang kepada Nabi SAW bersama buah yang dipetik

Teks Bahasa Arab

حديث: أَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ بِقِطْفٍ. فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُقْرِئُكَ السَّلامَ، وَبَعَثَنِي إِلَيْكَ بِهَذَا الْقِطْفِ لِتَأْكُلَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jibril datang kepada Nabi SAW bersama buah yang dipetik. Lalu dia berkata: Allah menyampaikan salam kepadamu dan mengutuskan aku bersama buah ini untuk kamu makan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 324, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن ابن عباس مرفوعا، وقال: لا أصل له. ورواه الدارقطني عن أنس مرفوعا. قال في الميزان: هذا حديث منكر.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada asal baginya. Diriwayatkan juga oleh al-Daraqutni daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata dalam al-Mizan: Ini hadis munkar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.