TEKS BAHASA ARAB
حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم سجد خمس سجدات ليس فيهن ركوع قال: أتاني جبريل فقال: إن الله يحب فاطمة. فسجدت، ثم رفعت رأسي، ثم أتاني. فقال: إن الله يحب فاطمة فسجدت، ثم أتاني. فقال: إن الله يحب الحسن والحسين فسجدت، ثم أتاني. فقال: إن الله يحب من يحبهما فسجدت، ثم أتاني: فقال: إن الله يحب من يحبهما فسجدت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW melakukan sujud sebanyak lima kali tanpa rukuk. Baginda berkata: Jibril datang kepada aku dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Fatimah. Lalu aku sujud dan mengangkat kepalaku. Dia datang sekali lagi kepada aku dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Fatimah lalu aku sujud, kemudian Jibril datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Al-Hasan dan Al-Husain lalu aku sujud. Kemudian dia datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mencintai mereka berdua lalu aku sujud. Dia datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mencintai mereka berdua. Lalu aku sujud lagi.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 395, hadis nombor 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن عدي: باطل وكذب بارد.
Ibn Adi berkata: Batil dan dusta yang lemah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.