Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Jibril datang kepada aku dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Fatimah. Lalu aku sujud dan kemudian mengangkat kepalaku

Teks Bahasa Arab

حديث: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ سَجَدَ خَمْسَ سَجَدَاتٍ لَيْسَ فِيهِنَّ رُكُوعٌ قَالَ: أَتَانِي جِبْرِيلُ فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فَاطِمَةَ. فَسَجَدْتُ، ثُمَّ رَفَعْتُ رَأْسِي، ثُمَّ أَتَانَي. فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فَاطِمَةَ فَسَجَدْتُ، ثُمَّ أَتَانِي. فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ فَسَجَدْتُ، ثُمَّ أَتَانِي. فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ مَنْ يُحِبُّهُمَا فَسَجَدْتُ، ثُمَّ أَتَانِي: فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ مَنْ يُحِبُّهُمَا فَسَجَدْتُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Nabi SAW melakukan sujud sebanyak lima kali tanpa rukuk. Baginda berkata: Jibril datang kepada aku dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Fatimah. Lalu aku sujud dan mengangkat kepalaku. Dia datang sekali lagi kepada aku dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Fatimah lalu aku sujud, kemudian Jibril datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai Al-Hasan dan Al-Husain lalu aku sujud. Kemudian dia datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mencintai mereka berdua lalu aku sujud. Dia datang sekali lagi dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mencintai mereka berdua. Lalu aku sujud lagi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 395, hadis no. 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عدي: باطل وكذب بارد.

Ibn Adi berkata: Batil dan dusta yang lemah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.