Batil

30/06/2024

minit bacaan



Jibril bertemu saya dengan sebekas makanan

Teks Bahasa Arab

أَتَانِي جِبْرِيْلُ بِقِدْرٍ فَأَكَلْتُ مِنْهَا فَأُعْطِيتُ قُوَّةَ أَرْبَعِينَ رَجُلًا فِي الجِمَاعِ.

Teks Bahasa Melayu

Jibril bertemu saya dengan sebekas makanan, maka saya pun makan sebahagiannya. Lalu saya dikurniakan kekuatan jimak 40 orang lelaki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1043, hadis no. 5326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن صفوان بن سالم مرفوعًا: أتاني جبريل بقدر فأكلت منها فأعطيت قوة أربعين رجلا في الجماع. [ابن سعد، الضعيفة (1685)]

(Batil) Daripada Safwan bin Salim, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Jibril bertemu saya dengan sebekas makanan, maka saya pun makan sebahagiannya. Lalu saya dikurniakan kekuatan jimak 40 orang lelaki. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Taqabat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1685]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.