Jibril AS telah menceritakan kepadaku bahawa Allah SWT telah menurunkan satu malaikat ke bumi

TEKS BAHASA ARAB

حدثني جبريل أن الله أهبط إلى الأرض ملكا، فأقبل ذلك الملك يمشي حتى انتهى إلى باب رجل ينادي على باب الدار، فقال الملك للرجل: ما جاء بك إلى هذه الدار ؟ فقال: أخ لي مسلم زرته في الله، قال: آلله ما جاء بك إلا ذلك؟ قال: آلله ما جاء بي إلا ذلك، قال الملك: فإني رسول الله إليك، وهو يقريك السلام، ويقول: وجبت لك الجنة، وأيما مسلم زار مسلما، فليس إياه يزور، بل إياي يزور وثوابه علي الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS telah menceritakan kepadaku bahawa Allah SWT telah menurunkan satu malaikat ke bumi. Maka malaikat tersebut berjalan sehingga dia terhenti kepada pintu seorang lelaki yang sedang menyeru di hadapan pintu rumah. Malaikat itu pun telah bertanya kepada lelaki tersebut: “Apakah yang menyebabkan kamu datang ke rumah ini?” Lelaki itu telah menjawab: “Saudara seIslamku yang aku ziarahinya kerana Allah SWT.” Malaikat itu telah berkata: “Demi Allah, kamu tidak datang melainkan hanya sebab itu sahaja?} Beliau telah berkata: “Ya demi Allah, aku tidak datang melainkan hanya disebabkan itu.” Malaikat telah berkata: “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepada kamu dan Allah SWT menyampaikan ucapan salam kepada kamu. Dan Allah SWT berfirman: {Telah Aku wajibkan bagi kamu syurga. Dan sesiapa sahaja dari kalangan Muslim yang menziarahi seorang Muslim, dia bukanlah menziarahi saudaranya itu akan tetapi dia menziarahi Aku dan ganjaran untuknya memasuki syurga}”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis nombor 135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي بن أبي طالب – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((حدثني جبريل أن الله أهبط إلى الأرض ملكا، فأقبل ذلك الملك يمشي حتى انتهى إلى باب رجل ينادي على باب الدار، فقال الملك للرجل: ما جاء بك إلى هذه الدار ؟ فقال: أخ لي مسلم زرته في الله، قال: آلله ما جاء بك إلا ذلك؟ قال: آلله ما جاء بي إلا ذلك، قال الملك: فإني رسول الله إليك، وهو يقريك السلام، ويقول: وجبت لك الجنة، وأيما مسلم زار مسلما، فليس إياه يزور، بل إياي يزور وثوابه علي الجنة)).
[الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (2078)]

(Palsu) Daripada al-Ḥasan ibn ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril AS telah menceritakan kepadaku bahawa Allah SWT telah menurunkan satu malaikat ke bumi. Maka malaikat tersebut berjalan sehingga dia terhenti kepada pintu seorang lelaki yang sedang menyeru di hadapan pintu rumah. Malaikat itu pun telah bertanya kepada lelaki tersebut: “Apakah yang menyebabkan kamu datang ke rumah ini?” Lelaki itu telah menjawab: “Saudara seIslamku yang aku ziarahinya kerana Allah SWT.” Malaikat itu telah berkata: “Demi Allah, kamu tidak datang melainkan hanya sebab itu sahaja?} Beliau telah berkata: “Ya demi Allah, aku tidak datang melainkan hanya disebabkan itu.” Malaikat telah berkata: “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepada kamu dan Allah SWT menyampaikan ucapan salam kepada kamu. Dan Allah SWT berfirman: {Telah Aku wajibkan bagi kamu syurga. Dan sesiapa sahaja dari kalangan Muslim yang menziarahi seorang Muslim, dia bukanlah menziarahi saudaranya itu akan tetapi dia menziarahi Aku dan ganjaran untuknya memasuki syurga}”.
[Riwayat al-Dūlābī dalam al-Dhurriyyah al-Ṭāhirah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2078]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs