Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan sedih tanpa mengangkat kepalanya

TEKS BAHASA ARAB

إن جبريل عليه السلام جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم حزينا لا يرفع رأسه، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لي أراك – يا جبريل – حزينا؟! قال: إني رأيت لفحة من جهنم؛ فلم يرجع إلي روحي بعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan sedih tanpa mengangkat kepalanya, lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: Mengapakah aku melihatmu bersedih, wahai Jibril? Jibril menjawab: Aku telah melihat satu pembakaran dari neraka jahanam, disebabkan itu rohku tidak lagi kembali kepadaku.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1353, hadis nombor 6906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عمر رضي الله عنه، قال: إن جبريل عليه السلام جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم حزيناً لا يرفع رأسه، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لي أراك – يا جبريل – حزيناً؟! قال: إني رأيت لفحة من جهنم؛ فلم يرجع إلي روحي بعد.
[طس، ((الضعيفة)) (5402)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Umar RA telah berkata: Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepada Nabi SAW dalam keadaan sedih tanpa mengangkat kepalanya, lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: Mengapakah aku melihatmu bersedih, wahai Jibril? Jibril menjawab: Aku telah melihat satu pembakaran dari neraka jahanam, disebabkan itu rohku tidak lagi kembali kepadaku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5402]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs