Jibril AS pernah datang menemui aku, lalu dia membawa aku terbang atas sayap kanannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل فحملني على جناحه الأيمن فكنت من ربي عز وجل كقاب قوسين أو أدنى… وذكر الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS pernah datang menemui aku, lalu dia membawa aku terbang atas sayap kanannya, bertemu Tuhan SWT sehingga rapat dengan-Nya sejarak dua busur panah, atau lebih dekat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis nombor 5466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أتاني جِبريلُ فَحَمَلَنِي على جَنَاحِهِ الأيمنِ فكنتُ مِنْ ربي عز وجل كقاب قوسينِ أو أدنى…وذكر الحديث. [ابن جميع في معجم الشيوخ، الضعيفة 5683]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Jibril AS pernah datang menemui aku, lalu dia membawa aku terbang atas sayap kanannya, bertemu Tuhan swt sehingga rapat dengan-Nya sejarak dua busur panah, atau lebih dekat. [Riwayat Ibn Jami‘ dalam Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5683]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.